loader image
Agent wanted. Click here now.

Terma & Syarat Agent Bluebell Skincare

  1. Agent, Top Agent & Dropship hanya dibenarkan berkongsikan atau menulis semula maklumat yang berkaitan dengan Bluebell Skincare dari pages atau info yang sah daripada pihak ketiga seperti media, badan berkuasa, jabatan kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh, pages Kementerian Kesihatan Malaysia, Root of Science, Medical Mythbuster Malaysia, Cakna Ubat, Sinar Harian, Metro, Kosmo dan sebagainya.

    Pages atau info yang tidak sah selain daripada media, jabatan kesihatan atau badan berkuasa seperti ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sebagai contoh, khairul yoi, pseudoscience watch, pw community, SNTMLM, siakap keli, pen merah, 9 bulan 10 hari kecuali diberikan kebenaran oleh pihak Bluebell Skincare.

  2. Agent, Top Agent & Dropship juga tidak dibenarkan menggunakan ayat-ayat jenis “hype” tanpa sebarang penafian dan kebenaran daripada pihak Bluebell Skincare. Sebagai contoh, “Jerawat hilang buat selamanya”, “jerawat hilang dalam sejam”, “jerawat hilang dalam seminit”, “kulit baru lahir seperti bayi” dan sebagainya. Ayat seperti ini mesti ada penafian supaya pembaca tidak “misslead” info.

  3. Ayat-ayat overclaim tidak dibenarkan sama sekali. Sebagai contoh, “pakai bluebell boleh hilangkan kanser kulit”, “pakai bluebell boleh elokkan resdung”, “pakai bluebell boleh sembuhkan penyakit barah”, “pakai bluebell boleh sembuhkan kencing manis(diabetes) dan sakit kronik lain”. Ini kerana produk Bluebell Skincare adalah produk berdaftar dibawah kategori kosmetik bukan kategori pharmaceutical atau ubat.

    Agent, Top Agent & Dropship perlu tahu bahawa terdapat 20 sakit kronik adalah iklan tuntutan perubatan yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

  4. Buang harga dibawah nilai RM100 juga adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran pihak Bluebell Skincare untuk promosi tertentu seperti promosi TV Alhijrah dan sebagainya. Jika diketahui, pihak Bluebell Skincare akan menggunakan budi bicara dan jika tiada sepakat atau kata putus, Agent, Top Agent & Dropship boleh didakwa melalui peruntukan undang undang yang ada di Malaysia.

  5. Tidak dibenarkan sama sekali berpakat atau mengadakan/menganjurkan coop d’etat samaada memanipulasikan Agent, Top Agent & Dropship lain di Keluarga Bluebell, menjatuhkan perniagaan Bluebell Skincare, berkongsi maklumat didalam keluarga bluebell kepada produk atau syarikat lain dan memburuk burukkan Agent, Top Agent & Dropship lain, staff Bluebell Skincare dan syarikat Bluebell Skincare sendiri. Jika terbukti, pihak syarikat tidak teragak agak akan mengambil tindakan menggunakan peruntukan undang undang yang ada di Malaysia.

  6. Setiap gambar testimoni seperti gambar sebelum dan selepas adalah dikongsikan oleh Pihak Bluebell Skincare mempunyai kebenaran daripada tuan gambar. Jika Agent, Top Agent & Dropship ingin berkongsikan gambar pelanggan, pastikan tuan gambar tahu dan memberikan kebenaran secara bertulis samaada di whatsapp sebagai bukti bahawa gambar tersebut boleh digunakan untuk pemasaran. Jika tidak, agent hendaklah melaporkan kepada pihak Bluebell Skincare untuk tindakan selanjutnya.

  7. Sebarang permintaan Agent, Top Agent & Dropship mengubahsuai gambar testimoni seperti meletakkan logo, produk bluebell dan sebagainya boleh mengambil masa 2-3 hari bekerja. Kami harap Agent, Top Agent & Dropship boleh bersabar ya sebab kita akan review dulu testimoni, kebenaran menggunakan gambar pengguna dan sebagainya. Design yang dikeluarkan adalah dari pihak HQ Bluebell Skincare. Agent, Top Agent & Dropship boleh je request tapi atas budi bicara pihak HQ bluebell skincare.

  8. Refund bagi Agent, Top Agent & Dropship yang membeli pakej 10 set keatas mestilah dituntut selepas 3 bulan. Ianya sah sekiranya Agent, Top Agent & Dropship telah sedaya upaya (telah menghubungi En. Han, hadir ke kelas marketing, akses ke sistem web Agent, Top Agent & Dropship dan sebagainya) melakukan jualan namun tidak berjaya, maka baki stok akan dibeli semula oleh pihak HQ pada harga agent. Kos penghantaran ditanggung oleh Agent, Top Agent & Dropship sendiri. Refund ini hanya boleh dilakukan bagi pembelian kali pertama sahaja.

  9. Agent, Top Agent & Dropship yang tidak aktif seperti tidak membeli stok dalam 90 hari atau 3 bulan, akan dinyahaktifkan oleh pihak HQ dan akan dikeluarkan secara automatik dari Group Whatsapp, Facebook dan akses ke sistem web Agent, Top Agent & Dropship akan disekat.

Shopping cart

0

No products in the cart.

English
Malay English