Dah tengok dah review Bluebell Skincare oleh Noel Faizal di Youtube? Haa kalau belum tengok, boleh tengok kat bawah ni.
Serum Bluebell tak sesuai untuk kulit kering Noel? Ini jawapannya..
Terima kasih Faiz Firdaus @noelfaizal kerana sudi honest review produk kami Bluebell Skincare.
Disini kami akan terangkan sedikit tentang Bluebell Hydrating Face Mist (anak pungut) dan Bluebell Radiance Serum yang mengeringkan kulit Noel semasa menggunakannya.

1. Bluebell Hydrating Face Mist anak pungut? (Minit ke 1:44)
Sebenarnya rangkaian produk Bluebell Skincare ada 3 sahaja iaitu, Bluebell Cleanser, Bluebell Daily Defence Moisturiser & Bluebell Night Moisturiser.

Bluebell Skincare diasaskan pada tahun 2015 oleh Founder, Almarhumah Puan Mek Yam Binti Jusoh. Matlamat Almarhumah adalah membantu Pengguna menggunakan Produk Skincare yang betul betul selamat dan berkesan. (Baca sini tentang Founder Bluebell Skincare)
Kenapa ada 3 sahaja?
Seperti kita tahu, basic skincare routine ada 3 step iaitu Cleanse, Moisturise & Sunscreen. Jadi pada masa itu, cukup kepada pengguna menggunakan Bluebell Skincare untuk melakukan asas penjagaan kulit muka mereka.
Akan tetapi, masa berlalu dan kami sentiasa perlu mengikut keperluan dan mengemaskini kualiti serta bahan kandungan produk dan mengikut perkembangan semasa berkaitan kulit pengguna.
Jadi pada tahun 2017, kami telah mengeluarkan 1 lagi rangkaian produk baru iaitu Bluebell Radiance Serum yang menjadi “booster” untuk mempercepatkan proses Anti-Penuaan pada kulit muka pengguna.

Serum ini digabungkan dengan 3 basic skincare routine ini dan pengguna akan dapat hasil yang sangat memuaskan!
Jika siapa yang mengikuti Bluebell Skincare sejak tahun 2015 lagi, dia akan perasan tekstur Daily Defence Moisturiser Bluebell ini sama dengan tahun ini tapi tak sama dengan batch tahun 2017 sehingga 2019.
Pada tahun 2017 Daily Defence Moisturiser kami berwarna coklat kerana kami campurkan sekali dengan bahan foundation untuk memudahkan pengguna kami supaya tidak perlu menggunakan extra foundation.

Pada akhir tahun 2018 kami telah menukar semula kepada warna putih selepas menerima banyak feedback bahawa warna foundation tersebut tidak “blend” pada kulit mereka.
Itulah tanda kami sentiasa R&D melalui lebih 10,000+ feedback daripada pengguna kami untuk sentiasa menaik taraf kualiti produk kami setaraf produk Antarabangsa.
Dan pada tahun lepas juga, barulah kami mengeluarkan 1 lagi rangkaian produk baru Bluebell Skincare iaitu Bluebell Hydrating Face Mist bagi memenuhi permintaan pengguna kami untuk digunakan sebagai Toner & juga Face Mist.

Fakta disini, ada 2 anak pungut sebenarnya, Bluebell Hydrating Face Mist & Bluebell Radiance Serum.
Berkenaan dengan design packaging kotak dan botol Face Mist kami berlainan kerana sebenarnya Bluebell Hydrating Face Mist bukan dalam keluarga Set Bluebell Skincare.

2. Bluebell Radiance Serum tidak sesuai dengan kulit kering (Noel)? (Minit ke 7:20)
Sebenarnya ada beberapa bahagian yang abam Noel terlupa iaitu step penggunaan Bluebell Radiance Serum.

Bluebell Radiance Serum mestilah digunakan selepas anda mencuci muka (selepas guna Bluebell Cleanser) tetapi ianya bergantung juga dengan keadaan kulit kita juga. Ini adalah step skincare routine menggunakan semua produk Bluebell Skincare:
Siang: Cleanser -> Face Mist -> Serum(Optional) -> Daily Defence Moisturiser
Malam: Cleanser -> Face Mist -> Serum -> Night Moisturiser (Sebelum tidur)
Seperti diatas tadi, Bluebell Radiance Serum adalah “booster” yang memfokuskan Anti-Penuaan. Alcohol denat adalah bahan yang mengeringkan kulit. Betul kerana penggunaan alcohol denat sebenarnya adalah menjadikan bahan bahan dalam serum tu larut sebati dan cepat menyerap dalam kulit anda.
Faktor kulit kering ini sebenarnya bergantung juga pada cuaca dan gaya hidup kita. Kami sedar bahawa kulit kering tidak sesuai dengan alcohol denat dan kerana itulah kami masukkan sekali Glycerin pada bahan no.2 (bahan tertinggi) selepas air.
Selain itu, Daily Defence Moisturiser kami juga mempunyai tekstur yang sangat lembap dan sedikit berminyak kerana terdapat 3 bahan utama yang sangat berkesan untuk melembapkan kulit iaitu:
- Water
- Glycerin
- Butyrospermum Parkii Shea (Africa) tree extract. (bahan no,.3)
- Dimenthicone (bahan no.4)
(Lihat senarai penuh bahan kandungan Bluebell Skincare)
dan bahan seterusnya juga adalah bahan yang melembapkan kulit seperti Hydrolyzed Candelilla Wax & Cocos Nucifera.

Sebab itu, pengguna dinasihatkan menggunakan Bluebell Complete Set sekiranya ingin mencuba Bluebell Radiance Serum kerana serum ini akan berfungsi dan memberikan kesan yang baik apabila digabungkan dengan Bluebell Daily Defence Moisturiser & Bluebell Hydrating Face Mist.

Ada antara pengguna kami yang mengalami masalah kulit kering juga apabila menggunakan Bluebell Radiance Serum sahaja.
Ada juga antara pengguna kami yang dapat kulit sangat lembap dan lembut apabila menggunakan Bluebell Radiance Serum bersama produk Bluebell Skincare yang lain.
Bagaimanapun kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana berlaku jujur review produk Bluebell Skincare.
Melalui review Noel dan juga review pengguna juga kami dapat meningkatkan lagi kualiti produk kami setaraf Antabangsa.
Kenapa Antarabangsa?
Kerana Bluebell Skincare telah pun mendapat tempat di hati pengguna Skincare sekitar Eropah, UAE & terbaru ini di CAMBODIA.

Tentang Alcohol denat dan Menthol, kami akan cuba kurangkan % dan letakkan bahan ini dibawah sekali supaya pengguna dapat pengalaman terbaik semasa menggunakan Bluebell Skincare.
Bagaimana hendak dapatkan Bluebell Skincare?
Anda boleh dapatkan secara online di online shop atau Walk-in ke Farmasi Najah, HealthLane Pharmacy, Constant Pharmacy atau beli dengan Agent sah berdekatan dengan tempat tinggal anda.