Kaedah Bayaran
Ini adalah jenis kaedah pembayaran yang kami terima melalui online shop website (e-commerce) dan WhatsApp.
1. Perbankan Online
Kami menerima perbankan online tempatan untuk bank tempatan di Malaysia sahaja. Penyedia Gerbang Pembayaran boleh jadi FPX, Billplz, Stripe, IPay88 atau ToyyibPay iaitu syarikat tempatan di Malaysia yang dipercayai. FPX, Billplz, Stripe, IPay88 atau ToyyibPay adalah platform pembayaran untuk peniaga untuk bayar dan terima bayaran dengan cepat, pada kos yang paling rendah. Caj setiap transaksi adalah RM1.50, 3.0%, RM1.00 atau 2.5% yang ditanggung oleh kami.
2. Kad Debit & Kredit
Kami menerima pembayaran Kad Debit & Kredit (termasuk Kad Prepaid) di seluruh dunia. Penyedia gerbang pembayaran adalah Stripe, IPay88 atau PayPal syarikat tempatan Malaysia dan juga syarikat Antarabangsa. Caj setiap transaksi adalah sehingga 4% yang ditanggung oleh kami.
3. Wallet Saya
Anda juga boleh bayar guna Wallet Saya yang berada di dalam akaun Bluebell Skincare anda, tapi anda perlu tambah nilai terlebih dahulu menggunakan Perbankan Online (1) atau Kad Debit & Kredit (2). Jumlah tambah nilai akan dikreditkan ke akaun Wallet Saya dan anda akan menerina 5% pulangan wang untuk tambah nilai kali pertama. Wallet Saya ini membenarkan anda menerima 1% pulangan wang untuk setiap transaksi anda buat di online shop kami.
4. ATM, CDM, APPS (Nombor Akaun Bank)
Kaedah pembayaran tradisional dan manual ini disokong oleh seluruh dunia. Anda akan diberi maklumat akaun bank kami seperti nombor akaun, nama pemegang akaun, kod swift, nama bank untuk benarkan anda membuat pembayaran untuk pesanan anda. Maklumat akaun bank akan dipaparkan selepas anda menekan button bayar sekarang dan setuju dengan terma dan syarat kami. Sila ambil perhatian kepada pengguna perbankan online, anda juga boleh memilih kaedah ini jika anda ingin membayar menggunakan aplikasi bank anda.
5. E-Wallet Boost
Anda perlu scan kod QR kami atau melalui link yang disediakan. Tiada sebarang caj untuk setiap transaksi kerana ianya ditanggung oleh kami. Sila semak terma dan syarat Syarikat Boost.
6. Google Pay (Akan Datang)
Google Pay adalah kaedah cepat dan mudah untuk membayar secara online atau membuat pembayaran tanpa sentuhan dengan telefon anda. Maklumat pembayaran anda dilindungi dengan pelbagai lapisan keselamatan sehingga anda dapat membayar dengan tenang - sepanjang masa.
7. Apple Pay
Apple Pay sangat mudah dan berfungsi dengan peranti Apple yang anda gunakan setiap hari. Anda boleh membuat pembelian tanpa sentuh dan selamat di kedai, di aplikasi dan di web.
8. Browser Payments
Pembayaran laman web menjadikan checkout anda mudah dan cepat, dengan menggunakan maklumat pembayaran dan alamat sedia ada yang disimpan oleh browser dan telefon anda.