Kelebihan Produk Mengandungi AHA BHA

Apa itu AHA dan BHA?

AHA dan BHA adalah asid daripada tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. AHA boleh didapati melalui pokok tebu (Asid Glikolik), anggur dan sebagainya manakala BHA boleh didapati melalui pokok dedalu (Asid Salisilik). Asid – asid ini tidak menghakis dan mempunyai sifat yang menenangkan kulit.

Buah Oren (Citrus) mengandungi banyak bahan AHA.

Apa Kelebihan AHA & BHA?

Kelebihan AHA adalah melancarkan aliran kolagen dan darah, perubahan warna yang betul dari parut dan bintik usia, memperbaiki penampilan garis permukaan dan kedutan, mengelakkan jerawat, mencerahkan warna kulit anda dan meningkatkan kualiti serapan produk. Namun AHA hanya mampu membersihkan pada permukaan kulit sahaja.

BHA pula mempunyai sama kelebihan dengan AHA. Bezanya, BHA mampu membersihkan kulit anda sehingga ke liang pori. Dengan penggunaan BHA, kulit anda akan sentiasa bebas dari sel kulit mati dan sel baru mudah terhasil.

BHA mampu membersihkan sehingga ke liang pori

Perlu ke Scrub Muka Jika Sudah Pakai Pencuci AHA BHA?

Jika anda sudah menggunakan pencuci muka yang mengandungi AHA BHA, anda tidak perlu kerap melakukan scrub muka.

AHA & BHA adalah Ramuan Anti-Jerawat Terbaik!

Jerawat cukup takut dengan 2 bahan ini kerana segala kemungkinan untuk jerawat tumbuh pada kulit kita adalah 1% kebarangkalian sahaja. Maksudnya kulit anda susah nak berjerawat selagi anda menggunakan 2 bahan ini pada kulit anda.

Adakah Produk Bluebell Skincare mengandungi AHA & BHA?

Kesemua produk Bluebell Skincare mengandungi AHA dan BHA. Pencuci muka Bluebell iaitu Bluebell Cleanser mengandungi Asid Salisilik dan Asid Glikolik iaitu 2 bahan utama AHA dan BHA.

Manakala pelembap siang dan sunscreen Bluebell iaitu Daily Defence Moisturiser juga mengandungi Citric Acid (AHA). Begitu juga dengan Pelembap malam Bluebell iaitu Bluebell Night Moisturiser dan Hydrating Face Mist Bluebell, keduanya mempunyai Citric Acid (AHA) juga. Serum Bluebell mengandungi Asid Salisilik (BHA) dan Asid Laktik (AHA).

Kesemua produk Bluebell Skincare, mengandungi AHA & BHA kerana bahan bahan ini sangat Anti-Jerawat, baik untuk kulit, Anti-Penuaan dan banyak lagi!

close

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *