Kelebihan & Fungsi Kojic Acid Dalam Skincare

Kojic acid adalah ejen chelation yang dihasilkan oleh beberapa spesis kulat, seperti Aspergillus oryzae atau didalam bahasa jepun iaitu koji. Kojic acid ni dihasilkan melalui proses penapaian beras, untuk digunakan dalam pembuatan sake, sos soya dan lain-lain.

Dari segi rawatan wajah, Kojic Acid merupakan salah satu bahan yang agak popular di Negara Jepun kerana ianya dapat menyekat produksi melanin pada kulit sekaligus mempengaruhi pembentukan pigmen dalam menjadikan kulit kelihatan cerah.

Beras yang melalui proses penapaian

Bagi mereka yang yang sudah biasa menggunakan bahan – bahan yang mengandungi AHA atau BHA, memasukkan bahan Kojic Acid di dalam skincare rutinnakan memberi lebih manfaat kerana ianya dapat bekerja lebih efektif dalam mempercepatkan lagi process exfolisasi kulit.

Antara Kelebihan dan Fungsi Kojic Acid adalah:

1. Meratakan tona kulit

Bagi mereka yang mengalami masalah tona kulit tidak sekata, kojic acid dapat membantu meratakan warna kulit agar lebih sekata terutamanya akibat sunburn daripada sinaran cahaya matahari.

2. Mencerahkan kulit

Kojic Acid mmg sangat dikenali bagi fungsi pencerahahan kulit. Ianta dapat mengurangkan penampakan bintik – bintik hitam dan ianya antara bahan pencerahan kulit yang selamat digunakan berbanding Hydroquinone.

3. Menangani masalah jeragat

Masalah jeragat sering terjadi pada wanita yang sudah berusia yang sering terdedah kepada pancaran sinaran UV tanpa sebarang perlindungan. Kojic Acid dapat membantu mengurangkan masalah jeragat dan sekaligus mengurangkan tanda – tanda penuaan yang ada di wajah

4. Anti bakteria

Selain daripada memberikan kesan pencerahan kulit, Kojic Acid turut mengandungi anti microbial yang dapat membantu melawan bakteria dan merawat masalah jerawat pada kulit.

5. Memudarkan parut jerawat

Ianya juga dapat membantu memudarkan bekas parut jerawat yang kelihatan. Secara tidak langsung mencerahkan kulit serta memberi tona kulit yang sekata.

6. Anti-fungal

Selain itu, kojic acid juga bersifatkan anti-fungal. Ia dapat merawat jangkitan kulat seperti yeast infections, candidiasis dan ringworm atau tapak kaki seorang atlet. Jika kerap kali menggunakan kojic acid ini ianya dapat membantu menghalang jangkitan kuat dan bakteria pada badan.

Bluebell Radiance Serum
Bluebell Radiance Serum

Di dalam Serum Bluebell Skincare mengandungi Kojic Acid pada bawah yang selamat iaitu 1%. Serum Bluebell dapat mencerahkan kulit, mengurangkan tanda penuaan dan mengurangkan parut.

Anda boleh dapatkan Serum Bluebell Skincare disini

close

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

WhatsApp WhatsApp Kami!