Jom Kenali Pih & Pie!

Setelah masalah jerawat hilang, biasanya mesti kita akan menghadapi masalah seperti bekas jerawat. Sama macam waktu jerawat muncul, bekas parut jerawat mesti akan mengganggu penampilan kita.

Sebenarnya, ada 2 jenis bekas jerawat yang mungkin ada di muka anda iaitu PIE dan PIH. Sudah tahu apa bezanya dan mana yang sedang anda alami sekarang? Kalau belum, jom baca apa yang Bella explain!

  1. PIH (Post Inflammatory Hyperpigmentation)

Merupakan tompok atau noda berwarna coklat atau kehitaman. Ia disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan akibat inflamasi. Punca munculnha PIH adalah kerana jerawat, penuaan, hamil, hormone dan terdedah pada matahari. PIH hilang tetapi ia mengambil masa yang lama. Menurut pakar kulit, tompok hitam dan keunguan akibat PIH mengambil masa 3 hingga 24 bulan untuk hilang sepenuhnya.

  1. PIE (Post Inflammatory Erythema)

PIE terbentuk dari discrete erythematous macules iaitu kerosakan pada pembuluh darah kecil di permukaan kulit sehingga muncul bintik atau bekas yang berwarna merah. Ciri-ciri PIE adalah berwarna pink, merah dan keunguan yg selalu ada pada Cystic acne atau jerawat batu. PIE agak susah jika dihilangkan hanya sekadar menggunakan skincare biasa dan lebih mudah dihilangkan sepenuhnya dengan laser treatment.

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

WhatsApp WhatsApp Kami!