Jom Kenali 5 Jenis Parut Jerawat!

Hai beauties, today Bella nk share mengenai jenis – jenis parut jerawat. Parut jerawat ni sebenarnya adalah kesan peninggalan jerawat selepas jerawat itu sembuh. Apabila breakout, pori yang bengkak tu selalunya akan beri kesan pada kulit dan menyebabkan kehadiran tompok merah, aka ada hyperpigmentation, some people muka akan nampak berlubang dan berlekuk.

Walaupun berbeza penampilan, ianya tetap dipanggil parut jerawat. Parut terhasil daripada proses penyembuhan luka kulit dan tisu. Kebiasaannya, luka akan menghasilkan parut namun kedalaman dan saiz tu adalah berbeza. Faktor terjadinya parut bergantung bagaimana kulit seseorang mendapat parut. Mungkin kemalangan, penyakit atau keturunan.

So jom kita start!

1. ICE PICK

  • Parut jenis ini dipanggil “ice pick” sebab ia nampak seperti lubang yang terkena objek tajam sepertipemecah ais dan jarum.
  • Terjadi kerana kulit kehilangan kolagen dan lapisan kulit runtuh dan meninggalkan lubang. Biasanya terjadi akibat jerawat cyst (jerawat besar dan sakit yang terjadi di rahang, dagu dan pipi akibat hormone tak teratur).

2. BOXCAR

  • Berbanding dengan parut ice pick yang nampak seperti tiang kosong, parut ini dinamakan “boxcar” kerana ianya berlekuk seperti kotak. Lubang parut ini lebih lebar berbanding ice pick.
  • Bentuknya berlubang dan berlekuk adalah kerana kehilangan tisu. Keradangan akan menghancurkan colagen dan memusnahkan jaringan sokongan kulit. Semakin banyak tisu yang hilang, semakin teruk keadaan parut ini. Boxcar ini biasanya terjadi bila kita kerap picit jerawat. Haaa, jadi please stop picking your acne tau!! Kalau taknak kulit ouls ada Boxcar ni.

3. ROLLING

  • Parut ini nampak seperti berombak dan bukit bukau diatas kulit.
  • Terjadi disebabkan jerawat yang meradang dalam masa yang lama. Semakin teruk inflamasi kulit, semakin teruk keadaan parut ini.
  • Parut ini akan muncul apabila kita semakin tua kerana kulit sudah kurang menegang dan hilang keanjalan..

4. HYPERTROPHIC SCAR atau KELOID

  • Nampak seperti kulit timbul dan ada benjolan.
  • Benjolan ini terjadi apabila badan merawat kesan inflamasi tetapi menghasilkan sel tisu berlebihan tanpa sengaja. Hmmm, kiranya kulit kita akan mengeluarkan extra skin dan nampak kulit kita menimbul dan tidak sekata.

5. HYPERPIGMENTASI

  • Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) ialah tompok hitam yang ditinggalkan pada kulit bila badan menghasilkan melanin berlebihan. Melanin ialah pigmen yang memberi warna pada kulit.
  • Melanin akan bertambah bila inflamasi berlaku. Sebab itu kita akan nampak tompok coklat dan kehitaman pada muka.
  • Post Inflammatory Erytema (PIE). Ini adalah disebabkan salur darah yang membengkak akibat rangsangan inflamasi. Badan akan mengarahkan darah ke tempat yang ada meradang.

Bella pernah share info pasal PIH and PIE dalam blog sebelum ni, nak tahu lebih details pasal PIH and PIE nil eh check out Bella yang sebelum ni ok!

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

WhatsApp WhatsApp Kami!