Jerawat Isu Sensitif Bagi Isteri?

Admin tak setuju point dalam posting ni dan rasa tak perlu kot jadikan jerawat ni isu besar kepada kaum isteri.

Betul ke jika suami lihat muka isteri ada jerawat, dianggap kotor?

HUBUNGAN DENGAN PASANGAN

Admin sebagai Suami, tak rasa jerawat ni boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan dan dianggap kotor. Memang benar jika dilihat dari pandangan mata, wajah tidak menarik jika memiliki jerawat tetapi sebagai pasangan seharusnya suami wajib memainkan peranan membantu isteri mendapatkan rawatan kulit yang betul. Bukan menjauhkan diri dari isteri. Ini baru masalah jerawat ya, belum lagi kulit isteri menjadi teruk akibat kemalangan dan sebagainya.

KEYAKINAN DIRI

Kaum isteri dan anda juga wanita diluar sana, anda perlu tahu bahawa jerawat ini takkan hilang pada muka selama-lamanya.Jerawat ni adalah common things dalam hidup kita tau. Kita hanya mampu mengawal sahaja. Timbul jerawat atau tidak, bergantung pada keadaan kulit anda, hormon dan sebagainya. Nak ada keyakinan diri semasa kulit anda berjerawat? Sentiasa berfikir positif dan lakukan rutin penjagaan kulit yang betul!

PENAMPILAN

Anda bukan artis mahupun orang yang terkenal dan orang tidak akan melihat anda 24 jam sehari. Kaum isteri, jika anda memiliki sang suami yang prihatin dan sayang akan anda, minta sajalah mereka belikan produk Anti-Jerawat yg mengandungi bahan-bahan seperti Salicylic Acid, Tea Tree Oil or Benzoyl peroxide atau buat rawatan kulit dengan Dermatologi. Belajar Rutin Penjagaan kulit dengan betul, dan kawal jerawat anda. InshaAllah, jerawat yang timbul tu takkan lama berada pada kulit anda.

MUDAH TERASA

Abaikan jika orang lain menegur anda. Jika mereka menegur, anggap positif bahawa mereka menegur kerana menyayangi anda. Jika ada kawan macam mak cik bawang yang merendah-rendahkan anda, jauhilah kawan seperti itu kerana ianya bukan isu jerawat sahaja, kawan seperti itu akan membawang apa sahaja isu mengenai anda. Dah nama pun mak cik bawangkan? Suami tegur? Jika suami anda tegur dengan baik, dengar dan minta suami tu belikan Bluebell Skincare produk Anti-Jerawat terbaik di Malaysia. Jika suami anda tegur dengan buruk, suruh suami anda ingat semula janji manisnya ketika ingin menikahi kamu dahulu.

Nak belajar Rutin Penjagaan Kulit yang betul? WhatsApp Pakar Kecantikan kami di 0193568850

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

WhatsApp WhatsApp Kami!