cara hilangkan jerawat

Cara Hilangkan Jerawat Yang Salah

Cara hilangkan jerawat ini ada banyak sebenarnya tetapi, kena jaga-jaga sebab ada cara salah yang dapat menjadikan kulit anda lebih parah. Anda mungkin berminat baca Kenapa Kulit Kita Berjerawat, Berjeragat & Berparut?

3 Cara Hilangkan Jerawat Yang Biasa Dilakukan

1. Besi Jerawat

cara hilangkan jerawat

Cara ini paling ramai yang buat malah admin sendiri pun pernah buat dulu. Cara menghilangkan jerawat dengan menggunakan besi ini sebenarnya hanya meninggalkan parut pada kulit muka anda. Bukan setakat parut biasa sahaja, malah parut berlubang-lubang dan permukaan kulit jadi tak rata!

2. Vacuum

cara hilangkan jerawat

Benda ni pun ramai yang buat. Dia pi sedut jerawat tu guna vacuum acne katanya. Sebenarnya dengan cara ini, bakteria akan merebak ketempat lain dan hanya merosakkan collagen dan struktur kulit anda. Kesannya sama juga, kulit akan berlubang dan berparut.

3. Jari

cara hilangkan jerawat

Ini adalah cara hilangkan jerawat tradisional yang diwarisi secara turun temurun. Tak kiralah anda guna glove sekali pun, kulit anda tetap akan berlubang dan berparut setelah jerawat tersebut telah dipicit dengan jari dan segala “nanah” dan darah telah diekstrak keluar.

Jadi Apakah Cara Yang Betul Menghilangkan Jerawat?

Rutin penjagaan kulit!

Ya dengan rutin penjagaan kulit adalah salah satu cara hilangkan jerawat yang betul selain mendapatkan rawatan dengan pakar kulit (Dermatologist). Anda mestilah rajin cuci muka menggunakan cleanser, pelembap dan sunscreen yang sesuai dengan kulit anda.

Jerawat ni, kebiasaannya dia takkan lama pada kulit anda, tanpa guna produk pun dia akan hilang sebenarnya kalau kita rajin cuci muka dengan air bersih. Cuma jika anda menggunakan produk, lebih cepat jerawat tu hilang dan kulit anda akan susah naik jerawat lagi.

WhatsApp kami di 0193568850 untuk belajar rutin penjagaan kulit (skincare routine) dengan betul dan berkesan.

close

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *