cara hilangkan jeragat

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

Cara hilangkan jeragat ada banyak tapi cara manakah yang berkesan dan cepat?

Jeragat adalah bintik-bintik coklat atau coklat muda pada kulit anda. Jeragat terjadi bila sekumpulan sel kulit mengandungi pigmen melanin. Tidak seperti tahi lalat, jeragat ni rata. Jeragat tidak menyakitkan atau membahayakan.

cara hilangkan jeragat
Jeragat berlaku akibat pendedahan cahaya matahari

Tidak ada yang dilahirkan dengan jeragat, walaupun mungkin genetik. Jeragat terjadi akibat pendedahan cahaya matahari. Sekiranya anda mempunyai jeragat dan ingin menghilangkannya, berikut adalah…

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat & Berkesan

1. Sunscreen

Sunscreen tidak boleh hilangkan jeragat tapi sunscreen mampu mengelakkan kulit anda daripada timbul lagi jeragat yang lain pada kulit. Anda mestilah menggunakan sunscreen walaupun cuaca redup.

Menurut American Academy of Dermatology ini adalah tips pemakaian sunscreen:

  • Sunscreen mestilah lebih dari 30 SPF
  • Guna 15 minit sebelum keluar
  • Guna semula setiap 2 jam
  • Guna secepat mungkin selepas berenang atau jika anda seorang yang kuat berpeluh.

Bluebell Daily Defence Moisturiser bukan sahaja melembapkan kulit pada waktu siang tapi mempunyai SPF 30 beserta perlindungan UVA terbaik iaitu PA++++.

2. Chemical Peel

Pengelupasan kimia atau chemical peel ini menggunakan larutan kimia untuk melakukan pengelupasan di kawasan kulit yang berjeragat. Asid glikolik (Glycolic Acid) dapat membantu melakukan pengelupasan yang sederhana menembusi lapisan tengah kulit. Setelah kulit berjeragat tadi dikeluarkan, maka kulit baru akan digantikan.

Bluebell Cleanser dan Bluebell Serum mengandungi Glycolic Acid yang mampu hilangkan jeragat dengan cepat. Selain itu, Cleanser Bluebell juga mengandungi Salicylic Acid iaitu bahan Anti-Jerawat yang sangat berkesan.

3. Ramuan Semulajadi

Jika anda tidak mahu bazirkan wang membeli produk, anda mungkin boleh cuba menggunakan Aloe Vera. Ekstrak Aloe Vera dan dapatkan airnya(gel) kemudian sapu pada kulit anda kemudian bilas dengan air bersih. Aloe Vera mampu mencerahkan kulit anda.

Itu sahaja 3 cara hilangkan jeragat yang berkesan dan cepat. Sebenarnya ada lagi, tapi cukup 3 cara ini dahulu yang boleh anda cuba.

close

Dapatkan Promosi Terkini, Tips Skincare & Senarai Produk Diharamkan Melalui Emel Anda!

Berkongsikan dengan rakan-rakan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *