FREE SHIPPING & HAND SANITIZER WITH ORDERS OVER RM125

Teknik Memilih & Membeli Produk Kecantikan Menggunakan COMMON SENSE.

Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kita ni telah diciptakan sehabis baik dan selengkap mungkin oleh Tuhan yang Maha Satu berbanding dengan Makhluk ciptaannya yang lain.

Manusia dicipta dengan Akal berbanding Makhluknya yang lain.

Admin tengok ada beberapa komen didalam artikel blog Bluebell yang masih GAGAL MENGGUNAKAN COMMON SENSE mereka sebagai manusia yang berakal waras.

Tujuan artikel ini bukanlah menjadikan anda sebagai pembaca, seorang yang negatif mahupun bersangka buruk terhadap sesuatu perkara atau merendah-rendahkan diri anda.

First, Apa itu Common Sense?

Common sense ni adalah rasa atau perasaan baik yang ada dalam diri kita berdasarkan perkara atau benda yang praktikal.

Tak faham?

Ok macam ni, kita ni manusia ada satu sifat dimana kita ada rasa (sense) yang baik dalam sesuatu perkara yang biasa berlaku.

Contoh macam ni:

Pada bulan disember 2019, Bandar Wuhan, negara China telah digemparkan dengan wabak COVID19. Adakah anda pergi melancong ke bandar wuhan pada bulan Januari, Februari atau bulan bulan yang terdekat?

Corona Virus atau dikenali sebagai COVID19

Mestilah tidakkan kerana ada beberapa point penting dalam kenyataan dan fakta ini iaitu wabak iaitu penyakit berjangkit dan bandar wuhan iaitu lokasi dimana wabak tersebut bermula. Takkan anda masih nak pergi melancong ke bandar itu walaupun sudah mengetahui terdapat wabak disana?

Begitu juga dengan aktiviti seharian kita sehingga termasuklah aktiviti pembelian dan pemilihan produk kecantikan kita.

Contoh lagi:

Produk Jenama A keluaran Founder A telah tersenarai dalam senarai produk kecantikan diharamkan oleh KKM pada tahun 2019. Adakah anda masih perlu bertanya samaada produk itu selamat atau tidak? lulus kkm atau tidak, sedangkan KKM tidak pernah mengeluarkan kelulusan untuk produk kecantikan?

Contoh lagi:

Ciri Ciri produk Kilo biasanya krim dia berwarna warni (merah, kuning, oren, hijau, biru) dan wangi kerana ingin menutup warna dan bau merkuri. Adakah anda masih perlu bertanya, produk ni ok tak, produk ni ada kkm tak, produk ni bagus tak?

Kesan Produk Beracun

Ya, admin tengok sehingga hari ini ada lagi yang masih GAGAL GUNAKAN COMMON SENSE kita sebagai manusia. Ingat! Kita bukan bersangka buruk tapi ianya berkaitan dengan kulit dan kesihatan kita.

Nak tahu apa akibat menggunakan produk merkuri dan beracun? Boleh baca ni: Kesan Merkuri

So, setakat ni adakah anda faham apa itu COMMON SENSE dan bagaimana COMMON SENSE ini dapat mengelakkan diri anda dari ditipu founder yang tidak bertanggungjawab?

Kongsikan pendapat dan komen anda dibawah.

close
Dapatkan senarai terbaru produk yang diharamkan oleh KKM & kemaskini terbaru serta sample percuma daripada Bluebell Skincare. Isi nama dan email anda dibawah.
Kami simpan data secara selamat. Baca Dasar Privasi kami.
Berkongsikan dengan rakan-rakan

2 comments

  1. Adakah glow glowing merbahaya untuk kulit?

    1. Hai sis, glow glowing sudah disenaraikan dalam senarai Produk Kecantikan Diharamkan KKM pada tahun 2019, dan senarai 2017.. adakah sis masih berani nak guna? gunakan common sense sis. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Troli Pembelian

0

No products in the cart.