FREE SHIPPING & HAND SANITIZER WITH ORDERS OVER RM125

5 Mitos Jerawat Yang Mengarut!

  1. Gelapkan Kulit Dapat Elakkan Kulit Berjerawat

    Itu adalah sebaliknya. Menggelapkan kulit secara berlebihan adalah berbahaya dan ia menyebabkan punca kulit berjerawat. Pendedahan kulit terhadap cahaya UV boleh jadikan kulit anda kering dimana ianya boleh menjadi faktor utama kulit breakout!




  2. Sunscreen Penyebab Jerawat

    Kini banyak sunscreen mengandungi zinc oxide dimana ianya melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ada beberapa sunscreen juga dapat menyebabkan jerawat, jadi sangat penting untuk anda lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membeli produk terbaik untuk kulit anda.

    Kebiasaannya sunscreen yang mempunyai label “oil free” atau “non-comedogenic” adalah yang terbaik. Setiap orang mempunyai kulit yang unik dan berbeza, bermakna anda harus cuba beberapa produk sebelum jumpa produk yang sesuai. Elakkan bergantung pada SPF dalam produk makeup kerana ianya tidak berkesan untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

  3. Hanya remaja sahaja ada Jerawat? 

    Lebih kurang 25% lelaki dewasa dan 50% wanita dewasa mengalami masalah jerawat akibat perubahan hormon (berkait dengan menopause, pregnancy, menstruation atau stress), ubat ubatan atau skincare dan produk rambut.

    Jerawat orang dewasa sama macam yang lain, boleh dikawal dengan rutin skincare yang betul termasuk perlindungan cahaya matahari dan bantuan dari pakar kulit.

  4. Matahari dapat bantu kurangkan jerawat pada kulit kita

    Bila kulit kita berjerawat, matahari kurang baik untuk kulit anda. Mungkin anda akan rasa jerawat anda kering tetapi sebenarnya jerawat anda tidak kelihatan kerana kulit anda menjadi gelap dan terbakar.

    Matahari boleh meningkatkan keradangan kulit iaitu perkara yang anda mesti elakkan semasa rawat jerawat anda. Tambahan, radiasi dari matahari boleh merosakkan permukaan kulit, menyebabkan sunburn, membebaskan radikal bebas dan memusnahkan sel DNA kulit, dimana boleh menyebabkan pra-penuaan kulit dan kanser kulit.

  5. Liang Pori boleh terbuka dan tertutup

    Anda mungkin pernah dengar, kita boleh buka pori kita dengan teknik stim menggunakan air panas dan tutup semula pori dengan menggunakan air sejuk kan? Itu tidak betul pun. Pori adalah lubang atau laluan dimana terdapat folikel rerambut (bulu) dan kalenjar sebum (kalenjar minyak).

    Pori ini mengeluarkan peluh dan sebum (minyak) untuk menjaga keadaan kulit anda tetapi ianya tidak mempunyai otot yang membuatkan ianya buka atau tutup sesuka hati.

    Pori juga adalah bersifat fizikal dan dengan itu, kebanyakkannya ditentukan oleh genetik anda. Walau bagaimanapun liang pori yang berminyak kelihatan lebih besar dan liang pori yang kering akan kelihatan kecil.

    Walaupun Stim tidak dapat membuka pori secara teknikal, ia dapat membantu melonggarkan sebum yang membesar di liang pori, membolehkan ianya keluar dengan lebih mudah.

    Pengelupasan dengan physical scrub atau pembersihan muka setiap hari dengan Glycolic Acid dan Salicylic Acid boleh melonggarkan sel sel kulit mati dan ini boleh membantu membuatkan liang pori anda kelihatan lebih kecil.

SKINCARE Anti-Jerawat!

Bluebell Skincare adalah Skincare Anti Jerawat yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit anda. Bluebell Skincare bukan sahaja telah berdaftar dengan KKM tetapi telah mendapat kelulusan HALAL JAKIM Malaysia dan terbukti berkesan dan selamat kerana telah menjalani Ujian Makmal (LAB TEST) SIRIM QAS International Sdn Bhd!

Anda boleh dapatkan Bluebell Skincare di Kedai Online kami atau WhatsApp 0193568850 untuk mendapatkan khidmat nasihat.

close
Dapatkan senarai terbaru produk yang diharamkan oleh KKM & kemaskini terbaru serta sample percuma daripada Bluebell Skincare. Isi nama dan email anda dibawah.
Kami simpan data secara selamat. Baca Dasar Privasi kami.
Berkongsikan dengan rakan-rakan
Tinggalkan Balasan

Troli Pembelian

0

No products in the cart.