Kenapa Kulit Kita Berjerawat, Berjeragat & Berparut?

Percayalah, jerawat, jeragat dan parut tidak boleh hilang begitu sahaja melainkan anda menggunakan bahan beracun yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan lain-lain.

Ya logam berat merkuri ini boleh menghilangkan jerawat, jeragat dan parut tetapi dalam masa yang sama menghakis kulit anda.

Anda boleh saja gunakan bahan semulajadi seperti Salicylic Acid, Glyolic Acid tetapi ianya akan mengambil masa yang lama untuk berkurangan bukan hilang untuk selama-lamanya.

Punca Jerawat, Jeragat & Parut.

Ada beberapa punca ia timbul:

  1. Hormon
  2. Pori Tersumbat
  3. Salah Guna Produk
  4. Tiada Perlindungan
  5. Guna Besi Jerawat

Hormon, ini memang perkara yang kita tidak boleh elak. Misalnya wanita, hormon mereka tidak sama seperti lelaki kerana itulah lelaki lebih kurang mengalami masalah jerawat berbanding wanita. Namun terdapat cara mengawalnya supaya tidak timbul banyak (breakout) dan mengurangkan dalam masa yang singkat. Caranya ialah rutin penjagaan kulit dengan betul.

Pori tersumbat adalah perkara yang boleh dielakkan seperti elakkan menggunakan alat solek yang boleh menyebabkan pori tersumbat, gunakan alat solek yang teksurnya lebih ringat, dan kerap cuci muka menggunakan pencuci yang mengandungi AHA BHA seperti Bluebell Cleanser.

Salah guna produk ni adalah kesilapan anda sendiri kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk kecantikan atau skincare. Ramai yang mengadu mereka salah guna produk beracun yang telah diharamkan KKM. Mula-mula pakai ok, tapi bila lama-lama atau berhenti, muka timbul jerawat penuh satu muka (breakout) dan jeragat merata-rata.

Tiada perlindungan seperti tidak menggunakan sunscreen juga adalah salah satu punca kulit anda berjeragat. Ingat! Jeragat ini timbul bila anda tiada perlindungan dari Sinar UVA dan UVB tau. Lebih-lebih lagi apabila jeragat ini telah meresap hingga ke akar kulit anda dan ianya sangat susah ditanggalkan! Cara terakhir adalah membuat rawatan laser dengan kos yang tinggi.

Guna besi jerawat untuk pecahkan jerawat? Ya inilah punca kenapa kulit anda jerawat sudah tiada tetapi bekasnya masih ada dan tidak hilang malah berkurangan! Menggunakan best jerawat untuk memecahkan jerawat adalah cara yang salah dan hanya menyebabkan kulit anda banyak berparut kekal.

Cara Mengurangkan Jerawat, Jeragat & Parut

Di Bluebell Skincare, kami mengajar anda cara rutin penjagaan kulit (Skincare Routine) yang betul menggunakan produk Bluebell Skincare yang mengandungi bahan AHA BHA yang sangat berkesan merawat masalah-masalah ini. Jika anda berminat, anda boleh WhatsApp kami di 0193568850. Konsultasi percuma daripada Pakar Kulit kami. WhatsApp segera.

Get The Latest Promotions, Skincare Tips & Latest Banned Products Through Your Email!

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp WhatsApp Us!