Membasuh muka anda dengan pencuci yang lembut adalah permulaan rutin penjagaan kulit yang terbaik, tetapi bagaimanakah dengan teknik “Double Cleansing”? Adakah ianya perlu atau sekadar membuang masa dan duit?
Walaupun ianya membantu sesetengah orang tetapi double cleansing tidak diperlukan oleh semua orang. Ianya bergantung kepada jenis kulit anda dan jenis makeup yang anda guna. Kami akan bincangkan samaada double cleansing ini sesuai untuk anda atau tidak.
Apakah itu Double Cleansing?
Mudah, ‘Double Cleansing’ bermaksud cucian muka sebanyak 2 kali menggunakan 2 jenis pencuci yang berbeza. Teknik ni popular dahulu di Jepun dan Korea Selatan sebelum popular di negara Eropah atau Amerika.
Tiada garis panduan yang mana jenis pencuci yang terbaik untuk double cleansing, ianya masing-masing bergantung pada jenis kulit individu itu sendiri. Tetapi langkah pertama, kebiasaannya menggunakan ‘first cleanser’ dengan pure oil, pencuci jenis minyak atau cleansing balm dan diikuti dengan pencucian wajah seperti biasa menggunakan pencuci jenis krim, gel atau lotion yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kemudian diteruskan dengan rutin skincare anda seperti biasa.

Kenapa perlu dimulakan dengan pencuci jenis minyak atau pure oil? Minyak adalah bahan terbaik untuk melarutkan semua jenis makeup dan juga dapat membantu menghilangkan kesan formula sunscreen yang kuat. Yang penting, langkah pertama ini dapat mengangkat sisa kosmetik yang selalunya bersifat ‘water proof’ atau kalis air.
Pencuci muka jenis minyak pula biasanya mengandungi bahan yang emulsifier (buih halus). Ini memudahkan minyak bercampur dengan air dan menjadikan buih susu (emulsion) dan mudah dibilas dengan air. Minyak juga mampu menarik minyak atau sebum yang berlebihan dan kotoran tanpa merosakkan kulit.
Adakah Anda Patut Double Cleanse?
Double cleansing bukan perkara yang perlu dilakukan oleh semua orang, mungkin ada sesetengah orang rasa memerlukannya. Sebagai contoh, jika anda menggunakan makeup yang berat (heavy makeup user) atau makeup jenis transfer-resistant atau mineral-based sunscreen (yang mengandungi bahan aktif seperti Titanium Dioxide dan Zinc Oxide), double cleansing mungkin diperlukan untuk memastikan tiada sebarang kesan makeup atau sunscreen yang tinggal di kulit muka anda selain bagi memastikan liang pori anda tidak tersumbat.
Cara hidup, serta tahap konsistensi seseorang juga turut memainkan peranan dalam melakukan double cleasing. Walaubagaimanapun,memang tidak dinafikan banyak manfaat dengan melakukan double cleansing dimana ianya dpt membersihkan wajah lebih menyeluruh. Disamping itu juga, ianya dapat membantu penyerapan bahan-bahan aktif dalam sesuatu produk dengan lebih efisyen dimana sekiranya kulit muka kita kotor atau mempunyai liang pori yang tersumbat, serum atau essence akan susah menembusi kulit utk bekerja dengan baik.
Selain daripada itu, anda boleh juga gunakan kain lap muka ataupon ‘makeup wipes’ yang lembut untuk tingkatkan tahap pembersihan pada kulit anda. Namun, kalau anda masih tak yakin dengan tahap pembersihan kulit anda, anda juga boleh cuci dua kali menggunakan pencuci yang sama. Tak perlu pun menggunakan 2 pencuci muka yang berbeza.

Itulah logiknya, tetapi pencuci muka sekarang dah banyak diformulasikan dengan bahan yang dapat menanggalkan alat makeup, sunscreen, kotoran, sel kulit mati malah dapat menembusi dan mencuci sehingga ke liang pori seperti Bluebell Cleanser yang ternyata telah diuji secara saintifik menggunakan AHA dan BHA.
Kulit anda akan bebas jerawat serta tanda-tanda penuaan seperti jeragat, kulit kusam dan sebagainya dapat dielakkan. Ini kerana bahan AHA dan BHA mampu menembusi permukaan kulit yang berminyak dan meresap kedalam kulit pada kadar yang sangat selamat.
Apa pendapat anda tentang Double Cleansing, adakah ianya perlu atau sekadar trend semasa?