Darah Beku Akibat Nak Cantik

Perkongsian ini dikongsikan oleh Dr. Nurilyana Bujang tentang mereka yang suka lakukan suntikan kerana ingin nampak cantik dan flawless. Antaranya suntikan Vitamin C, Gluthathione & tranexemic acid. Baca dan sedarlah sebelum anda sakit.

Tranexemic acid digunakan di hospital untuk kecederaan yang mempunyai pendarahan yang banyak.

Orang kita ni tak habis habis sibuk nak kulit putih dah flawless hingga membahayakan nyawa.

Tak habis habis jugalah saya pening sebab memikirkan kerja gila orang orang kita demi nak cantik, nak gebu cara segera ini.

Ubat ini di namakan tranexamic acid. Ubat ini saya gunakan untuk pesakit yang mempunyai pendarahan yang banyak seperti kemalangan, pendarahan ketika pembedahan. Ianya berfungsi untuk membantu membekukan darah.

Salah satu kesan sampingan ubat ini adalah ianya menjadikan melanin kita kurang berfungsi. Melanin adalah bahan yang menyebbkan kulit kita berpigment atau berwarna. Semakin banyak melanin, semakin gelaplah warna kulit.

Oleh kerana kesan sampingannya yang memutihkan kulit, maka ramailah yang terlalu cerdik sehingga sanggup pakai ubat ini dengan dos yang tinggi untuk putih.

Kalau search di FB atau Instagram, bersepah mereka jual tranexemic acid ini.

Lagi gila bila mereka ni jual secara kombo bersama sama dengan gluthathione dan Vitamin C dos tinggi melangit.

Pandai kan mereka?

Buah pinggang rosak sebab mega dose vit C?

Saya dah jumpa.

Buah pinggang dan hati rosak sebab produk sampah dan supplement ?

Dah banyak.

Jantung gagal sebab ubat kurus?

Dah bersepah.

Saya tunggu bila pula ada pesakit yang dapat darah beku kerana gila nak cantik.

Emm….

Simpang betul lah!

Dr Nur Ilyani Bujang
Biar tak cantik, asalkan bersih dan sihat.

Dijual secara berleluasa di Social Media. Pihak KKM wajar mengambil tindakan kepada mereka.

Sumber: Facebook Dr. Nurilyani Bujang

Get The Latest Promotions, Skincare Tips & Latest Banned Products Through Your Email!

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp WhatsApp Us!