Cara urutan muka ini adalah teknik rawatan yang biasa dipraktik bagi membantu pesakit yang mengalami masalah stroke dan bell palsy. Rawatan ini juga mampu digunakan untuk melambatkan proses penuaan di bahagian muka dan juga menaikkan seri di bahagian muka anda.
Teknik 1
Mulakan di bahagian bawah bibir anda , gunakan 2 jari anda secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah , tarik ke arah atas dalam ulangan 15 X. Ini dapat membantu otot otot muka seperti dalam gambar disebelah untuk mendapatkan pengaliran darah yang lancar.
Teknik 2
Kemudian gunakan ibu jari tangan dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada muka dan urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas , ini tujuan bagi mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah.
Teknik 3
Diteruskan dengan urutan dibahagian kening dan kelopak mata , ianya bertujuan membantu otot otot atas muka mendapatkan aliran darah yang baik , cara nya ialah gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C kebawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.
Teknik 4
Dan Cara yang terakhir adalah lakukan urutan kearah dagu dan keatas , ianya bertujuan membuang lemak dan juga mengurangkan double chin , lakukan proses urutan sebanyak 15 kali dan tarik serta berikan sedikit tekanan keatas wajah ,dimana cara ini juga membantu pelancaran darah pada wajah.