Boleh Ke Solat Guna Bluebell Skincare?

Bella selalu dapat pertanyaan begini dalam Facebook Messenger. Boleh ke solat guna Bluebell Skincare? Sah tak solat kita?

Ok ada 2 situasi disini:

  1. Guna Bluebell Skincare sebelum wuduk lepas tu solat
  2. Guna Bluebell Skincare selepas wuduk lepas tu solat
Boleh ke Solat guna Bluebell Skincare?

Balik kepada asas solat. Solat yang sah dan diterima adalah pakaian dan diri kita wajib bebas dari segala Najis.

Sheikh Nawawi Al-Jawi berkata:

“Syarat sah solat yang kedua ialah bersih daripada najis yang tidak dimaafkan (لا يعفى عنها) pada baju iaitu pakaian yang dipakai, bersih najis daripada badan termasuk hidung, mata dan telinganya. Juga bersih najis daripada tempat solat yang mana jika ada najis boleh terlekat pada anggota badan atau pakaian.”

[Rujuk Kasyifah Al-Saja Syarh Safinatunnaja, halaman 119]

Jawapannya ya boleh guna Bluebell Skincare semasa solat.

Kenapa Boleh Guna Bluebell Skincare Ketika Solat?

  1. Bluebell Skincare telah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia. Tiada bahan kandungan yang haram dan najis.
  2. Tekstur produk Bluebell Skincare adalah mesra wuduk, mudah ditanggalkan dengan menggunakan air kerana bahan utama 90% adalah air.

Syarat sah solat, ketika wuduk air mestilah sampai ke kulit. Ya Bluebell Skincare mudah ditanggal jika anda menggunakannya. Anda juga boleh menggunakan Bluebell Skincare selepas wuduk dan solat kerana produk Bluebell Skincare 100% HALAL dan diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Lihat sijil HALAL JAKIM Bluebell Skincare disini.

P/S: Makeup juga boleh guna semasa solat tetapi mestilah makeup yang Halal, dan wajib dibersihkan 100% sebelum wuduk serta bebas dari najis tetapi jangan berlebih lebihan kerana boleh menjadi tabaruj iaitu salah satu perbuatan yang diharamkan oleh Allah SubhaanaHu wa Ta’aalaa.

Allah berfirman dalam An Nuur ayat 60:

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النّسَآءِ الّلاَتِي لاَ يَرْجُونَ نِكَاحاً فَلَيْسَ عَلَيْهِنّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنّ غَيْرَ مُتَبَرّجَاتِ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لّهُنّ وَاللّهُ سَمِيعٌ عِلِيمٌ

Ertinya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) bertabarruj dengan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman dalam Al Ahzaab ayat 33.

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنّ وَلاَ تَبَرّجْنَ تَبَرّجَ الْجَاهِلِيّةِ الاُولَىَ

Ertinya: “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.

close

Get The Latest Promotions, Skincare Tips & Latest Banned Products Through Your Email!

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *