FREE SHIPPING & HAND SANITIZER WITH ORDERS OVER RM125

Kelebihan Licorice Root Extract

Licorice atau ‘Liquorice’ atau Akar Manis adalah akar dari pokok Glycyrrhiza glabra. Tanaman akar manis ini merupakan sejenis tanaman yang berasal dari Eropah Selatan dan beberapa bahagian wilayah Asia. Nama liquorice berasal dari bahasa Yunani kuno yang ertinya adalah “akar manis”.

Akar manis dapat tumbuh sehingga satu meter dengan daun yang tumbuh seperti sayap (pinnate) yang panjangnya 7 sehingga 15 cm.

Memiliki daun sebanyak 9-17 helai dalam satu cabang. Bunga akar manis tersusun secara inflorescens (berkelompok dalam satu cabang), warnanya bercampur dari ke-unguan sampai putih kebiru-biruan serta berukuran panjang 0.8-1.2 cm.

Kelebihan & Manfaat Licorice

Licorice atau Akar Manis ini dikenali sebagai salah satu herba Ayurveda (Ayurvedic) yang memberi banyak manfaat untuk kecantikan kulit bila digunakan dengan tanaman herba lain.

Serum akar manis sesuai untuk semua jenis kulit, baik untuk kulit berminyak, kulit yang mengelupas atau warna kulit tidak rata.

Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan, pastikan Anda mengetahui bahan-bahan tambahan yang digunakan, Adakah ianya selamat digunakan atau tidak?

Akar manis (licorice) dikenali sebagai salah satu herba semulajadi yang memiliki sifat untuk melembutkan kulit sekaligus mencerahkan kulit.

Oleh kerana itu, akar manis sering digunakan dalam produk kecantikan seperti serum, rawatan untuk menghilangkan bintik hitam atau pigmentasi pada kulit, pencuci muka, serta pelembap.

Night Moisturiser & Serum Bluebell Skincare mengandungi Licorice yang dapat menghilangkan pigmentasi dan mencerahkan warna kulit serta menjadikan kulit muka anda flawless & glowing. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

close
Dapatkan senarai terbaru produk yang diharamkan oleh KKM & kemaskini terbaru serta sample percuma daripada Bluebell Skincare. Isi nama dan email anda dibawah.
Kami simpan data secara selamat. Baca Dasar Privasi kami.
Spread the love
Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.