AWAS! Anda bakal kena Kanser Kulit.

Tidak ramai di Malaysia yang sedar tentang kepentingan untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari (UV) untuk mencegah daripada kanser kulit. Walaupun kanser kulit lebih banyak dilaporkan di negara seperti Australia, kanser kulit juga boleh berlaku di Malaysia.

Kanser Kulit. Sumber: DailyMail

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa kes kanser kulit non-melanoma dan melanoma telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu. Pada masa ini, di antara 2-3 juta kes non-melanoma dan 132,000 kes melanoma telah dilaporkan di seluruh dunia setiap tahun. Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan lebih banyak cahaya UV sampai ke permukaan bumi dan ini boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu diambil oleh individu untuk mengurangkan risiko kanser kulit.

Adakah kanser kulit kerap berlaku di Malaysia?

Walaupun kanser kulit lebih kerap berlaku pada individu yang berkulit cerah, ia juga boleh terjadi kepada mereka yang berkulit gelap. Menurut Laporan Daftar Kanser di Malaysia (3 rd Annual Report of National Cancer Registry 2003-2005), kanser kulit adalah kanser yang kesepuluh paling kerap berlaku di Malaysia, dan menyumbang kepada 2.6% semua kes kanser di Malaysia.

Data dari Klinik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur (2006-2014) menunjukkan bahawa basal cell carcinoma adalah kanser kulit yang paling kerap berlaku (34.9%), diikuti dengan cutaneous lymphoma (25.7%) dan squamous cell carcinoma (20.6%). Kes melanoma tidak begitu banyak, dan hanya menyumbang kepada 5.4% semua kes kanser kulit di Klinik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah dari mendapat kanser kulit?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kulit dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang keterlaluan
  • Gunakan krim pelindung suria
  • Gunakan pakaian yang dapat melindungi daripada cahaya matahari yang terik
  • Periksa kulit anda secara berkala dan laporkan apa-apa perubahan kepada doktor anda

Bluebell Daily Defence Moisturiser dengan SPF 30 PA+++ dapat mencegah sinaran UVA & UVB sekaligus melindungi kulit anda. Dapatkan sekarang di Bluebell Halal Shop!

Sumber: dermatology.org.my (Dr. Azura)

Get The Latest Promotions, Skincare Tips & Latest Banned Products Through Your Email!

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp WhatsApp Us!