SPF atau Sunscreen Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) adalah ukuran berapa baik pelindung matahari melindungi kulit dari sinar UVB iaitu sejenis radiasi yang menyebabkan kulit kita terbakar akibat sinaran matahari, merosakkan kulit, dan dapat menyebabkan kepada kanser kulit.

Setiap jumlah SPF mempunyai peratus (%) perlindungan yang berbeza:
- SPF 15 halang 93% daripada sinaran matahari
- SPF 30 halang 97% daripada sinaran matahari
- SPF 50 halang 98% daripada sinaran matahari
Ia agak rumit, tetapi untuk lebih mudah, kebanyakan pakar dermatologi mengesyorkan menggunakan pelindung matahari (Sunscreen) SPF 15 atau SPF 30.
Kenapa tak guna je SPF yang lebih tinggi daripada 30?
SPF yang lebih tinggi seperti 50, 70 dan 100 sebenarnya tidak menawarkan perlindungan yang jauh lebih besar daripada SPF 30 dan ianya membuatkan orang salah faham bahawa lebih tinggi SPF, lebih tinggi perlindungannya.
Tambahan pula, jika anda ingin mendapatkan perlindungan spektrum yang luas (Broad Spectrum) seperti UVA, ianya memerlukan 1/3 daripada perlindungan UVB. SPF yang tinggi biasanya menawarkan perlindungan UVB lebih tinggi daripada UVA dan perlindungan UVA akan jadi lebih rendah dan tidak berkesan.
Perbezaan UVA & UVB
Sebenarnya ada 3 jenis Sinaran UV iaitu UVA, UVB dan UVC. UVA adalah sinaran matahari yang mampu menembusi kedalam lapisan kulit kita (Dermis) dan UVB pula menembusi sehingga ke permukaan kulit kita (Epidermis). UVC pula adalah sinaran matahari yang hanya sampai di permukaan atmosfera bumi kita sahaja.

UVA adalah faktor kulit anda cepat berkedut dan akan mengalami proses pra-penuaan manakala UVB kulit anda akan terbakar (Sunburn) dan tona warna kulit akan menjadi tidak sekata.
Apa pula PA?
PA bermaksud Protection Grade of UVA. Ianya adalah kadar skala atau rating bagi perlindungan UVA. Sistem rating PA ini dicipta oleh Jepun untuk mengetahui berapa banyak kadar perlindungan UVA yang ditawarkan dalam sesuatu produk.
- PA+ = Perlindungan UVA yang minimum
- PA++ = Perlindungan UVA yang sederhana
- PA+++ = Perlindungan UVA yang tinggi
- PA++++ = Perlindungan UVA yang sangat tinggi
Kesimpulannya jika anda ingin menggunakan Sunscreen, anda wajib memilih sunscreen yang menawarkan 2 jenis perlindungan ini iaitu UVA dan UVB kerana 1 perlindungan sahaja, ianya tidak mencukupi.
Anda boleh pilih Sunscreen yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB atau yang dilabelkan sebagai Broad-Spectrum Protection seperti Bluebell Daily Defence Moisturiser.

Sumber:
Pharmacognosy Journal, May-June 2016, pages 171–179 Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, January 2013, pages 16–26 British Journal of Dermatology, May 2011, pages 1356–1361