Betul tak kalau admin cakap, tak guna kalau anda tahu cara hilang dan kurangkan jerawat kalau anda tak tahu punca dan penyebab jerawat?
Sebab apa tau, sebab kaedah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jadi anda perlu tahu punca dan penyebab jerawat untuk elak daripada timbulnya jerawat pada kulit anda.

Hormon
Perubahan hormon terutamanya, semasa baligh dan semasa mengandung. Agak sukar untuk dikawal tetapi anda boleh mengurangkan risiko jerawat ini dengan mengawal hormon anda mengikut kaedah yang sesuai.
Ubat
Terdapat juga ubat-ubatan yang dapat menyebabkan masalah ini seperti pil perancang dan kortikosteroid. Dapatkan nasihat daripada Doktor atau Pharmacy sebelum anda ambil sebarang ubat.
Tabiat Makan
Kajian juga menunjukkan tabiat pemakanan yang tinggi dalam gula halus (‘refined’ sugar) atau karbohidrat seperti roti putih dan makanan ringan. Kawal tabiat makan anda, kurangkan gula, makanan berminyak dan makanan menjadi punca jerawat.
Genetik
Jika anda mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai masalah jerawat, keberangkalian anda juga untuk menghadapi isu yang sama adalah amat besar. Kebanyakan kali, faktor-faktor ini wujud bersama dalam seseorang.
Sentuhan
Sentuhan secara terus menggunakan jari tangan anda pada kulit muka dapat menyebabkan jerawat kerana jari anda berkemungkinan mempunyai bacteria dan mampu menolak sel kulit mati ke liang pori.
Produk
Penyalahgunaan produk alat solek dan skincare yang tidak sesuai juga dapat menimbulkan jerawat. Kurangkan menggunakan alat solek dan elakkan dari menggunakan Skincare yang mengandungi bahan terlarang.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi cukup sekadar 6 point penting penyebab jerawat pada kulit anda.
Bluebell Skincare adalah produk Anti Jerawat yang sangat berkesan dan selamat digunakan terbukti diuji di makmal SIRIM QAS International. Dapatkan Bluebell Skincare Sekarang!