Tahukah anda bahawa sebenarnya jerawat terdapat 6 jenis? Jom kita kenali apakah jenis jerawat yang ada dan gambar jenis jenis jerawat tersebut.
1. Blackhead

Blackhead atau dalam bahasa melayu dia, komedo terbuka. Blackhead ni adalah sejenis jerawat juga tau gais! Dia muncul bila pori kita tersumbat dengan minyak atau sebum dan sel kulit mati. Bentuk dia bintik bintik hitam macam tu. Kalau zoom nampak la macam biji hitam tersangkut kat pori kita tu.
2. Whitehead

Whitehead atau dalam bahasa melayunya, komedo tertutup. Whitehead ni hampir sama macam blackhead juga. Dia terjadi bila pori kita tersumbat dengan minyak atau sebum dan sel kulit mati tapi dia tak macam blackhead. Dari dekat kita boleh lihat ada macam biji biji putih berbulu pada kulit kita.
3. Nodules

Nodules (sebutan nodiuls) berlaku bila pori kita tersumbat dan bengkak sebab dia tak dapat menahan kerengsaan kulit yang semakin besar. Dia tak sama macam papules dan nodules sebab dia lebih dalam di bawah kulit.
4. Papules

Papules (sebutan papiuls) ni berlaku bila dinding liang pori kita ni pecah akibat keradangan teruk. Dia akan jadikan liang pori kita keras dan tersumbat. Kulit kat sekeliling pori ni biasanya akan jadi warna merah jambu.
5. Cysts

Cyst (sebutan sis) ni pula terjadi sebab pori tersumbat dan bercampur dengan minyak atau sebum, bakteria dan sel kulit mati. Kerosakan kulit berlaku jauh ke dalam daripada jerawat nodules. Dia berbentuk seperti gumpalan merah atau putih dan sangat menyakitkan. Cyst adalah jerawat terbesar dalam jenis jenis jerawat tadi dan jerawat inilah yang meninggalkan kesan parut.
6. Pustules

Pustules (sebutan pastiuls) ni terjadi bila dinding liang pori kita pecah dan dipenuhi dengan nanah. Dia warna merah dan atas benjolan dia di tengah berwarna kuning atau putih.
Bluebell Skincare adalah produk Anti-Jerawat yang sangat berkesan untuk kulit anda. Dapat mengurangkan dan menghilangkan seawal 3 hari. Beli Online sekarang dan daftar untuk dapatkan RM10 wallet percuma. Klik sini untuk daftar sekarang.