Menghilangkan jerawat adalah perkara paling sukar. Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan jerawat pada kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh.
Cara 1: Basuh muka
Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menutup liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih muka berasaskan air (Aqua Base) tetapi berkesan.
- Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan. Ambil sedikit pembersih muka, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat. Cleanser Bluebell Skin Care adalah berasaskan air (Aqua Base) yang sesuai dengan semua jenis masalah kulit muka.
Cara 2: Pengelupasan kulit
Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan scrub atau pembersih muka setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis (kulit) seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan berus yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.
Cara 3: Bilas secukupnya
Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.
- Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.
Cara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat
Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.
Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida
Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.
Cara 6: Gunakan asid salisilik
Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.
Cara 7: Cuba astringen semula jadi
Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:
- Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.
- Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.
- Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.
- Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.
Cara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.
- Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.
- Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.
- Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.
Cara 9: Cuba minyak pokok teh
Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.
- Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.
Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin
Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.
Bluebell Skincare bukan sahaja lulus KKM tetapi telah menjalani Ujian Makmal bagi memastikan keselamatan pengguna dan keberkesanan produk. DAPATKAN Bluebell Skincare SEKARANG!
Kalau yang bagus yang apa ya kak?
Whatsapp kami di 0193568850
AR skincareby ariana rose
Bhaya ke tak?